Saturday 18 October 2014




PAKEJ KURSUS JAHITAN PAKAIANTERKINI:  PAKEJ USAHAWAN JAHITAN

Sebagaimana anda maklum bahawa kelas jahitan Jelita Aziz Fashion Academy Sdn Bhd telah 2 tahun beroperasi secara sementara di kediaman saya. InsyaAllah jika tiada halangan mulai awal bulan Disember 2014, akan beroperasi semula ke premis perniagaan.

Sebelum berpindah saya ingin memberi tawaran hebat untuk mereka yg ingin menjadikan jahitan sebagai sumber pendapatan atau membuka kedai jahitan. Saya memperkenalkan PAKEJ USAHAWAN JAHITAN. Menarik bukan!

Ramai yg ingin membuka perniagaan ini tapi bermasalah kerana kurang ilmu jahitan dan perniagaan. Di sini saya membantu anda utk menyelesaikan masalah tersebut, walau pun anda zero dalam kemahiran jahitan ini.

Anda akan mempelajari 20 paten pakaian wanita dan lelaki dalam tempoh 3 BULAN saja

Kelas di jalankan pd hari Isnin – Khamis  ( 4 hari dalam seminggu), jam 9.30 pagi – 12.30 tenghari. Utk kelas hujung minggu pula, hari Ahad dan Sabtu

Bagi yg membayar yuran sepenuhnya pd masa pendaftaran, akan mendapat MESIN JAHIT LURUS PORTABLE BROTHER SECARA PERCUMA.  

Tiada mesin percuma bg mereka yg membayar secara ansuran. Ansuran di benarkan sebanyak 3 kali sahaja.

Semua peralatan jahitan, diberi PERCUMA

Anda juga akan diberi khidmat nasihat secara PERCUMA iaitu cara2 memulakan perniagaan jahitan dan asas pemasaran.

Nota dan sijil juga di sediakan bg mereka yg menghabiskan kursus dgn sempurna.

Sila buat pendaftaran segera kerana tempat adalah terhad dan sebelum tawaran ini di tutup kerana yuran akan meningkat setelah kami  berpindah nanti.

Paten yg akan di pelajari:

1. Baju Kurung moden
2. Baju Kurung pesak kekek  - kain susun
3. Baju Kurung pesak gantung/ Pahang- Kain lipat batik
4. Asas Jubah- tangan cuff & kocek sisi
5. Blaus-belah tepi, butang belakang, lengan kedut
6. Asas seluar panjang wanita
7.Gaun Kembang Kanak2 Perempuan- kolar peter pan
8. Kebaya Tradisional - kain kipas/ susun belakang
9. Kebaya Moden/  kurung moden ala Jovian- kain asas mermaid
10. Asas Long dress A cut
11. Long Dress Empire Cut- flare skirt
12. Long Dress Princess Cut- high neck
13. Long Dress -  umbrella skirt
14. Long Dress Ibu Hamil – kolar hawaii
15. Blaus office wear
16. Baju berlining (paten pilih sendiri)
17. Baju Melayu Lelaki, leher cekak musang/ leher cheongsam & seluar lelaki pinggang separuh getah
18. Vest wanita / lelaki

Utk paten 19 & 20, sila pilih paten di bawah:

  1. Long Skirt Mermaid potong 6 – godet
  2. Long Skirt potong 8
  3. Long Skirt /Kain potong kedut
  4. Long Skirt /kain fish tail
  5. Blazer wanita
  6. Kemeja lelaki
  7. Seluar Slack lelaki
  8. Baju Raihan

Yuran : RM 4,500

Hubungi  Jelita Aziz Fashion Academy Sdn Bhd :012- 7337204
                    Bandar Baru Uda, Johor Bahru