Monday 24 December 2012
Pakej kursus ini masih diteruskan. Pendaftaran sudah dibuka. Pakej yg baru akan diperkenalkan dlm waktu yg terdekat.
Berikut adalah jadual waktu kelas yg baru:


Hari Isnin:
-sesi pagi jam 9pg-12tghari


Hari Selasa:
-sesi pagi jam 9pg - 12 tghari


Hari Sabtu:
-sesi pagi jam 9 pg - 12 tghari
-sesi ptg jam 2 ptg - 5 ptg
-sesi mlm jam 6 ptg - 9 mlm


* Jika ingin meminda waktu kelas, harus dimaklumkan kpd pengajar
* Tidak digalakan, peserta kursus mengambil cuti yg kerap sepanjang tempoh kursus. Jika peserta tidak dpt menyudahkan kursus pd tempoh yg ditetapkan, peserta dikenakan tambahan yuran





Sunday 23 December 2012
PAKEJ 1

Kursus jahitan Pakaian Wanita Asas:

Kursus ini khusus bagi mereka yg langsung tidak tahu mengenai jahitan, terutama jahitan pakaian. Bagi mereka yg telah pun mempunyai asas, juga digalakkan mengikuti lursus di peringkat ini bagi menambah pengetahuan. Subjek-subjeknya adalah:
a. Mengenali jahitan tangan
b. Mengenali Mesin Jahit
c. Cara-cara mengukur badan
d. Melakar pola
e. Cara menyusun pola pada kain dgn ira yg betul
f. Cara mengunting  kain dgn betul
g. Paten : Baju kurung moden & kain potong A

Yuran: RM 300 (termasuk yuran pendaftaran)
Cara bayaran: sekali gus
Jangka masa: 1 bulan ( 1 kali seminggu) - 1 kali, 3 jam

PAKEJ 2

Kursus jahitan Pakaian Wanita (Kurung):

a. Baju Kurung pesak kekek & kain susun
b. Baju Kurung pesak gantung/ Pahang (jahit kun) & kain lipat batik
c. Baju Kurung Riau & kain kipas belakang- leher mandarin

Yuran : RM  600
Cara bayaran: 2 kali ansuran
Jangka masa: 2 - 3 bulan ( 1 kali seminggu)- 1 kali 3 jam


PAKEJ 3

Kursus Jahitan Pakaian Wanita Melayu/ Muslimah

a. Baju Kurung pesak kekek & kain susun
b. Baju Kurung pesak gantung/ Pahang (jahit kun) & kain lipat batik
c. Baju Kurung Riau & kain kipas belakang- leher mandarin
d. Jubah- lengan cuff , berkolar & kocek sisi
e. Blaus Labuh (belah tepi) & seluar panjang wanita asas

Yuran : RM 900
Cara bayaran: 3 kali ansuran
Jangka masa: 4 - 5 bulan ( 1 kali seminggu) - 1 kali 3 jam

PAKEJ 4

Kursus Jahitan Pakaian Melayu/ Muslimah Asas- Gabungan Wanita & Lelaki


a. Baju Kurung pesak kekek & kain susun
b. Baju Kurung pesak gantung/ Pahang (jahit kun) & kain lipat batik
c. Jubah- lengan cuff, berkolar & kocek sisi
d. Baju Melayu Lelaki & Seluar Lelaki (pinggang separuh getah)

Yuran: RM 950
Cara bayaran: 3 kali ansuran
Jangka masa: 3 - 4 bulan ( 1 kali seminggu) - 1 kali3 jam

PAKEJ 5

Kursus Jahitan Pakaian Wanita- Kebaya:

a. Kebaya Tradisional & kain susun belakang
b. Kebaya Moden, butang tali & kain overlap belah/ tidak belah
c. Kebaya Highneck, princess cut & kain mermaid
d. Kebaya Kota Bharu & kain 'draped wrap skirt'
e. Kebaya peplum

Yuran: RM 950
Cara bayaran: 3 kali ansuran
Jangka masa: 4 - 5 bulan (1 kali seminggu) - 1 kali 3 jam

PAKEJ 6

Kursus Jahitan Pakaian Wanita - Blaus/Blouse:

a. Asas blaus
b. Office wear- berkolar
c. Casual Blouse- kolar hawaii
d. Blaus lengan kimono / kelawar
e. Blaus leher kedut & lengan raglan
f. Kemeja Wanita - Stand collar

Yuran: RM 750
Cara bayaran: 2 kali ansuran
Jangka masa: 2 - 3 bulan (1 kali seminggu) - 1 kali 3 jam

PAKEJ 7

Kursus Jahitan Pakaian Wanita - Skirt:

a. Basic skirt
b. Umbrella skirt - 3 jenis
c. Skirt & lisu

Yuran: RM 300
Cara bayaran: sekali gus
Jangka masa: 1 bulan ( 1 kali seminggu) - 1 kali 3 jam

PAKEJ 8

Kursus Jahitan Pakaian Kanak2 Perempuan:

a. Gaun Kembang Kanak2 Perempuan
b. Baju kurung pesak kanak2 perempuan

Yuran: RM 250
Cara bayaran: sekali gus
Jangka masa: 1 bulan (1 kali seminggu) - 1 kali 3 jam

PAKEJ 9

Kursus Jahitan Pakaian Wanita- Office wear

a. Blazer/ Jaket
b. Vest

Yuran: RM 350
Cara bayaran: sekali gus
Jangka masa: 1 bulan (1 kali sebulan) - 1 kali 3 jam

PAKEJ 10

Kursus Jahitan Pakaian Pengantin Wanita

a. Asas Long Dress
b. Korset/ Bustier
c. Kebaya Labuh Pengantin
d. Skirt Mermaid Asas
e. Skirt Mermaid potong 6 - godet
f. Skirt Fish tail
g. Skirt potong 8
h. Gaun kembang pengantin
i.  Baju berlining
*cara patching lace

Yuran: RM 1,500
Cara bayaran: bayar setengah iaitu RM 750, selebihnya 2 kali bayaran
Jangka masa: 3 - 4 bulan (1 kali sebulan) - 1 kali 3 jam

PAKEJ 11

Kursus Jahitan Pakaian Wanita - Seluar

a. Seluar Wanita
b. Seluar ber'skirt'

PAKEJ 12

Kursus Jahitan Pakaian Wanita- Long Dress:

a. Asas Long Dress
b. Caftan
c. Jubah
d. Long Dress Empire Cut
e. Long Dress Empire Cut Berpinggang
f. Long Dress Princess Cut
g. Long Dress flare/ umbrella skirt

Yuran: RM 1,200
Cara bayaran: bayar setengah, iaitu RM 600, selebihnya 2 kali bayaran
Jangka masa: 3 - 4 bulan (1 kali sebulan) - 1 kali 3 jam

PAKEJ 13

Kursus Jahitan Pakaian Lelaki Melayu Asas:

a. Baju Melayu Lelaki & Seluar pinggang separuh getah

Yuran: RM 350
Cara bayaran: sekali gus
Jangka masa: 1 - 2 bulan (1 kali sebulan) - 1 kali 3 jam


PAKEJ 14

Kursus Jahitan Pakaian Lelaki Tambahan:

a. Kemeja
b. Seluar Slack
c. Baju Raihan

Yuran: RM 450
Cara bayaran: sekali gus
Jangka masa: 1 - 2 bulan (1 kali sebulan) - 1 kali 3 jam

Waktu belajar, boleh dipilih  di post ' Perubahan jadual waktu kelas'

Setiap sesi, hanya terhad 5 org sahaja

Belajar secara individu


Apa2 pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi Cikgu Ita di no telefon 012-7337204....tidak digalakan pertanyaan melalui sms atau panggilan telefon selepas jam 7 mlm.
















Sukacita di maklumkan, kursus jahitan utk pakej individu telah dibuka kembali mulai 28hb Disember 2012 ini. Kami juga memperkenalkan banyak pakej2 baru. Banyak perubahan dari segi pakej, tambahan jenis kursus jahitan, jadual waktu kursus dll. Pengambilan adalah terhad, maksima 6 org utk setiap sessi.Sila ikuti perkembangan semasa JAFA.
Tuesday 28 August 2012
Agak bernasib baik juga student jahitan pakaian pada tahun ni....kira bijak juga la.... kerana mengambil kesempatan di bulan Ramadhan, menjahit baju raya sambil belajar. Jadi serampang 2 mata la.....cantik2 juga baju yg di siapkan....student saya yg bernama Syikin & Rosnah dpt menyiapkan 2 helai baju raya! Mereka kata mereka dpt berbangga pd raya tahun ni kerana dpt mengayakan baju yg mereka jahit sendiri....:)






Monday 16 July 2012
90% yg datang belajar di JAFA, tiada langsung asas menjahit mahu pun menggunakan mesin jahit. Itu tak menjadi masalah kerana saya akan mengajar pelajar bermula dari 0. Utk info, bagi paten yg pertama, biasanya saya akan sediakan kain dari material cotton yg murah saja....jd tak la sukar bagi mereka utk menjahitnya...maklum la pengalaman yg baru bg mereka...Contoh kainnya spt ini.....



Kebelakangan ni saya kerap membekalkan student baru saya kain bercorak pol ka dot...sbb ramai pelajar saya suka...saya beli hanya RM 3 meter, jd modal utk sepasang baju RM 3 darab 4 = RM 12.  Selalu juga saya tekan kan terutama bg surirumah tentang penjimatan dari segi ekonomi keluarga dgn adanya ilmu jahitan ni. Bagi yg bekerja, dgn bangganya memakai baju hasil air tangan sendiri ke tempat kerja!

Minggu lepas saya ada ke salah satu shopping complex di bandaraya JB ni....maklum la bulan ramadhan dah nak dekat, jd bazar hari raya melata lata byknya....dlm byk2 bazar, tentu saja bazar pakaian menarik perhatian....belek punya belek, terjumpa la deretan baju kurung pesak kekek pol ka dot...materialnya sama dgn kain yg saya bekalkan utk student saya....nak tau harganya....RM 199.90!!! mak aiihhh....! baju tu tak de manik bagai, cuma ditampal renda cotton selebar 3 in di kaki baju dan buka lengan....mungkin juga renda tu yg mahal kot....:))) Esoknya saya ceritakan kpd student saya...wah....semakin bersemangat la mereka belajar! Utk semua student ku, SELAMAT MENJAHIT BAJU HARI RAYA!
Friday 13 July 2012
Kursus ini merangkumi:
- cara2 mengukur badan
- cara2 melukis pola
- mengunting kain
- menjahit pakaian

Paten yg dipelajari:
a. Baju kurung moden, kain potong A
b. Baju kurung pesak kekek, kain susun sebelah

Jangka masa: 2 bulan ( 1 kali seminggu)
                       2- 3 minggu ( 4 kali seminggu)

* kursus ini sesuai bg mereka yg ingin menjahit pakaian sendiri atau mereka yg langsung tiada mempunyai asas di bidang jahitan.
















Majlis ini diadakan pada 17hb Jun 2012 di Hotel 11@Century, Taman Century, Johor Bahru. Ucapan perasmian oleh YB Dr Robia bt Dato' Haji Kosai, EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor. Minum petang di iringi oleh persembahan zapin dari Sekolah Rendah Seri Melati.




















Terdiri seramai 29 org peserta. Kumpulan ini terdiri mereka yg menerima bantuan zakat dari Majlis Agama Negeri Johor. JAFA di beri tanggungjawab memberi kursus jahitan langsir kontemporari kepada peserta agar mereka dapat manafaatkan ilmu bagi menampung atau menambah pendapatan harian atau bulanan. Alhamdullillah, kursus berjalan dgn lancar dan jayanya selama 3 hari di bawah bimbingan cikgu Jelita.








Kursus Jahitan Langsir peringkat Asas hingga Lanjutan anjuran Pejabat Pembangunan Wanita, Negeri Johor dgn kerjasama Jelita Aziz Fashion Academy ini khusus utk ibu tunggal sekitar negeri Johor. Ia berjalan selama 10 hari dari tempoh 21hb April - 20hb Mei 2012, iaitu setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.Terdiri seramai 19 org yg terpilih,  menyertainya dan dibiayai sepenuhnya oleh Pejabat Pembangunan Wanita. Program ini adalah program 1 Malaysia kerana terdiri dari semua kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Semuanya berjalan dgn baik dan harmoni. Cikgu Jelita dibantu oleh Cikgu Noraya dan Cik Marina dari Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Dalam program ini, peserta kursus dapat mempelajari sebanyak 11 paten langsir dari peringkat asas hingga lanjutan. Subjek yg dipelajari adalah day curtain, valance, double pleat curtain, tab top curtain, goblet pleat curtain, pencil pleat curtain, box pleat curtain, basic scallop, flamingo scallop & double sided tail, pelmet & vintage scallop, boat scallop, box pleat & casriza scallop serta aksesori langsir spt bunga peacork dan ribbon.