Friday, 13 July 2012







Kursus Jahitan Langsir peringkat Asas hingga Lanjutan anjuran Pejabat Pembangunan Wanita, Negeri Johor dgn kerjasama Jelita Aziz Fashion Academy ini khusus utk ibu tunggal sekitar negeri Johor. Ia berjalan selama 10 hari dari tempoh 21hb April - 20hb Mei 2012, iaitu setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.Terdiri seramai 19 org yg terpilih,  menyertainya dan dibiayai sepenuhnya oleh Pejabat Pembangunan Wanita. Program ini adalah program 1 Malaysia kerana terdiri dari semua kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Semuanya berjalan dgn baik dan harmoni. Cikgu Jelita dibantu oleh Cikgu Noraya dan Cik Marina dari Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Dalam program ini, peserta kursus dapat mempelajari sebanyak 11 paten langsir dari peringkat asas hingga lanjutan. Subjek yg dipelajari adalah day curtain, valance, double pleat curtain, tab top curtain, goblet pleat curtain, pencil pleat curtain, box pleat curtain, basic scallop, flamingo scallop & double sided tail, pelmet & vintage scallop, boat scallop, box pleat & casriza scallop serta aksesori langsir spt bunga peacork dan ribbon.

0 comments: