Monday, 16 July 2012
90% yg datang belajar di JAFA, tiada langsung asas menjahit mahu pun menggunakan mesin jahit. Itu tak menjadi masalah kerana saya akan mengajar pelajar bermula dari 0. Utk info, bagi paten yg pertama, biasanya saya akan sediakan kain dari material cotton yg murah saja....jd tak la sukar bagi mereka utk menjahitnya...maklum la pengalaman yg baru bg mereka...Contoh kainnya spt ini.....



Kebelakangan ni saya kerap membekalkan student baru saya kain bercorak pol ka dot...sbb ramai pelajar saya suka...saya beli hanya RM 3 meter, jd modal utk sepasang baju RM 3 darab 4 = RM 12.  Selalu juga saya tekan kan terutama bg surirumah tentang penjimatan dari segi ekonomi keluarga dgn adanya ilmu jahitan ni. Bagi yg bekerja, dgn bangganya memakai baju hasil air tangan sendiri ke tempat kerja!

Minggu lepas saya ada ke salah satu shopping complex di bandaraya JB ni....maklum la bulan ramadhan dah nak dekat, jd bazar hari raya melata lata byknya....dlm byk2 bazar, tentu saja bazar pakaian menarik perhatian....belek punya belek, terjumpa la deretan baju kurung pesak kekek pol ka dot...materialnya sama dgn kain yg saya bekalkan utk student saya....nak tau harganya....RM 199.90!!! mak aiihhh....! baju tu tak de manik bagai, cuma ditampal renda cotton selebar 3 in di kaki baju dan buka lengan....mungkin juga renda tu yg mahal kot....:))) Esoknya saya ceritakan kpd student saya...wah....semakin bersemangat la mereka belajar! Utk semua student ku, SELAMAT MENJAHIT BAJU HARI RAYA!
Friday, 13 July 2012
Kursus ini merangkumi:
- cara2 mengukur badan
- cara2 melukis pola
- mengunting kain
- menjahit pakaian

Paten yg dipelajari:
a. Baju kurung moden, kain potong A
b. Baju kurung pesak kekek, kain susun sebelah

Jangka masa: 2 bulan ( 1 kali seminggu)
                       2- 3 minggu ( 4 kali seminggu)

* kursus ini sesuai bg mereka yg ingin menjahit pakaian sendiri atau mereka yg langsung tiada mempunyai asas di bidang jahitan.
















Majlis ini diadakan pada 17hb Jun 2012 di Hotel 11@Century, Taman Century, Johor Bahru. Ucapan perasmian oleh YB Dr Robia bt Dato' Haji Kosai, EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri Johor. Minum petang di iringi oleh persembahan zapin dari Sekolah Rendah Seri Melati.




















Terdiri seramai 29 org peserta. Kumpulan ini terdiri mereka yg menerima bantuan zakat dari Majlis Agama Negeri Johor. JAFA di beri tanggungjawab memberi kursus jahitan langsir kontemporari kepada peserta agar mereka dapat manafaatkan ilmu bagi menampung atau menambah pendapatan harian atau bulanan. Alhamdullillah, kursus berjalan dgn lancar dan jayanya selama 3 hari di bawah bimbingan cikgu Jelita.








Kursus Jahitan Langsir peringkat Asas hingga Lanjutan anjuran Pejabat Pembangunan Wanita, Negeri Johor dgn kerjasama Jelita Aziz Fashion Academy ini khusus utk ibu tunggal sekitar negeri Johor. Ia berjalan selama 10 hari dari tempoh 21hb April - 20hb Mei 2012, iaitu setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.Terdiri seramai 19 org yg terpilih,  menyertainya dan dibiayai sepenuhnya oleh Pejabat Pembangunan Wanita. Program ini adalah program 1 Malaysia kerana terdiri dari semua kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Semuanya berjalan dgn baik dan harmoni. Cikgu Jelita dibantu oleh Cikgu Noraya dan Cik Marina dari Jabatan Kemajuan Masyarakat.

Dalam program ini, peserta kursus dapat mempelajari sebanyak 11 paten langsir dari peringkat asas hingga lanjutan. Subjek yg dipelajari adalah day curtain, valance, double pleat curtain, tab top curtain, goblet pleat curtain, pencil pleat curtain, box pleat curtain, basic scallop, flamingo scallop & double sided tail, pelmet & vintage scallop, boat scallop, box pleat & casriza scallop serta aksesori langsir spt bunga peacork dan ribbon.